Thursday, September 24, 2009

Not That Clever Enough



aku telah cuba untuk berkomunikasi dengan si konon-Mr.Cleverbot. sebuah laman web yang di-introduce oleh der Khalid Zainal di  Facebook. manusia yang telah membina laman ini berkehendakan supaya manusia seperti kita boleh berinteraksi dengan AI - Artificial Intelligence. pada sangkaan awal ku, kalau sudah nama nya berinteraksi dengan AI. mestilah idea-idea atau topik perbincangan yang diutarakan akan membuka minda aku seluas-luasnya. tetapi malang sekali sangkaanku itu ternyata meleset. program itu aku rasakan memberi respon terhadap perbualan kita melalui data collections yang barang kali dirembat dari message archives di AIM, Yahoo! Messenger atau MSN Messenger. Google semestinya-lah! 







aku ada juga 'cakap' padanya yang "bodoh juga kau ni". hahaha boleh eh 'kau' memberi jawapan dalam bahasa yang sama, tetapi responnya terhad oleh data-data yang ada pada program tersebut. yang tidak aku tahan, boleh pula 'dia' tanya aku "kau x gi tarawih ke?" memang aku tergelak sekuat hati lah tadi! :)) terdapat juga lawak bodoh yang cuba disampaikan oleh Mr.Cleverboyang aku rasa tidaklah kelakar mana pun. status terbaru aku di Facebook tadi, haaa si abang Cleverbolah tiba-tiba bagi aku quote itu. artis dari Amerika pun ada 'dia' beritahu aku dan macam-macam lagi yang aku sembang tetapi aku tertanya-tanya juga. macam mana kalau pada masa hadapan, program ini dibaik-pulih dari segi penerimaan dan pemahaman terhadap perasaan yang diluahkan oleh manusia? mungkin kah yang kita akan berkongsi masalah atau perasaan dengan Mr.Cleverbot kerana terhakisnya persahabatan atau putusnya ikatan silaturrahim yang mengundang kita untuk tidak lagi percaya kepada Tuhan? atau pelbagai lagi krisis dalaman yang tidak dapat dihadapi dengan sendiri untuk terus hidup di alam fana ini? pada hemat aku mungkin kita akan hilang komunikasi sesama insan kerana kurangnya kepercayaan yang ditaruh selama ini. aku kata MUNGKIN. kau orang try-test-tengok macam mana


No comments: