aku selalu sangat mendengar soalan tipkal sebegini di lubang telinga aku :
"anep,kau bila nak ade awek?"
"anep,kau bila nak ade awek?"
"nak aku recommend ke?"
"hahaha,anep nanti aku carikan untuk kau nak?
aku selalunya akan buat endah tidak endah apabila soalan sebigini ditujukan kepadaku atau melayan sahaja mereka ini dengan ikhlas-tidak-ikhlas tetapi bila aku kata susah bagiku untuk mencari yang aku betul-betul berkenan di hati, ada juga yang mengutarakan pendapat seperti
"alaaa nep,orang dah tunang or kawen pun ley putus or cerai..."
jadi aku selalu tertanya-tanya dalam hati ini,kau hendak aku memutuskan pertalian orang yang dalam perjalanan membina 'masjid' atau meruntuhkan 'masjid' yang sedia terbina di atas nama CINTA? soalan ini aku belum lagi menemui jawapannya..
walau bagaimanapun pada minggu lalu,aku bangun pagi kononnya hendak berlari atas treadmill,tetapi aku lebih tertarik dengan rancangan Anjakan Paradigma di Astro Oasis yang dikendalikan Prof.Dato' Dr. Fadzillah Kamsah bertajuk - Halangan Semasa Pertunangan.
semasa sesi berdialog dengan tetamu jemputan iaitu Along Raja Lawak@Mohd Nizamuddin dengan tunangnya,aku masih ingat petikan ini
"dalam Islam,sesiapa yang membelenggu hubungan pertunangan atau perkahwinan mana-mana pasangan sampai putus hubungan mereka. maka berdosa BESARlah orang itu"
haaa,macam mana? aku pun malas menaip panjang lebar, jadi fikir-fikirkan lah ye
**macam mana pula kalau baru couple sahaja?**


2 comments:
jgn risau bro. DIA tahu yg terbaik untuk kau.
Moga kau dikurniakan 4 isteri dan 4 anak dari setiap isteri and 4 cucu dr setiap anak so that later biler kau dh jadi atok, kau boleh ckp kat dorg cucu-cucu kau,
"Dulu atok x mcm pemuda2 zaman atok yg sibuk cari awek, berkepit situ sini. atok sabar, atok doa, and ini yg atok dpt dari DIA YANG MAHA PENGASIH"
Allah is Karim.
hehe ramai betul isteri. kalau aku cukup berlaku adil ke atas keempat-empatnya,insyaAllah lah bro :)
Post a Comment