setelah sebulan berpuasa pada Ramadhan yang lalu *bagi yang berpuasa penuh sahaja, yang tidak 'berupaya'. sila cuba lagi pada tahun hadapan* tiba lah sudah bulan kemenangan yang dinanti-nantikan, iaitu bulan Syawal. semestinya pelbagai persiapan yang telah diambil bagi menyambut kedatangan Syawal. hah tiada guna bercerita panjang lebar,matlamat asal aku adalah untuk mengambil kesempatan ini memberikan serangkap pantun der
bulan Syawal bulan yang diberkati
jadi ku susun sepuluh jari
ku sembah pohon ampun dan maaf
andai ada salah dan khilaf
jadi ku pohon lah agar segala salah silap, andai ada terkasar bahasa atau terlanjur kata, perbuatan yang tidak sengaja mahupun yang sengaja dari zahir dan batin bagi yang berkenaan dan juga halalkanlah makan minum yang diberi. akhir kata
Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Maaf Zahir Batin.
aku baru pulang dari Ampangan beli baju Melayu cekak musang di saat-saat akhir ini. habis basah lencun aku, tetapi tidak mengapa. aku dapat sauk baju warna yang cun der



1 comment:
selamat hari raya der..
Post a Comment